Photobucket

"Wanita yang kuat dan tabah adalah wanita yang tidak menagis sewaktu dikecewakan dan ditinggalkan. Wanita yang kuat adalah wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.Wanita yang tabah adalah wanita yang tidak mengeluh atas segala nasib yang berlaku"

My 2nd Baby

pregnancy

Baby

pregnancy due date

Preview Gambar

Loading...

test...

Your scrolling text goes here

Halaman

05 Julai, 2010

Jom kita jahit


Semalan saya sempat buat satu set sarung bantal baby. Jenis kain terpulang pada diri masing. Tapi lebih suka guna kain cotton flannel sbb lembut. Yang saya buat ni ada piping di sekeliling bantal. Kalau anda nak letak renda & sebagainya pun boleh. Di sini saya bagi ukuran yang saya buat. If you all ada ukuran sendiri, ikut la ukuran anda.

Untuk bantal tidur:
1. Mula2 potong kain berukuran 15"(P) x 10.5"(L).
2. Kemudian potong 1 helai kain berukuran 8" x 10.5" & 1 helai berukuran 9" x 10.5".

3. Untuk piping boleh agak2 untuk lebar kain sebanyak 1".
3. Sediakan zip untuk sarung bantal.

4. Bolehlah kita mula menjahit.

Koleksi keperluan baby




Semalam selepas menghantar adik ke UPSI, tiba2 saya teringat kain-kain flannel yang terlipat rapi. Kain2 tersebut saya beli dah lama, baru sekarang ni rasa nak menjahit set tilam, sarung bantal, kain barut, kain bedung & lain2 keperluan baby.
Sampai saje di rumah, saya terus memulakan kerja2 mengukur & menggunting kain untuk buat bantal & tilam baby. Tapi kekabu belum beli lagi.. semasa dalam perjalanan ke UPSI, ada beberapa gerai yang menjual kekabu asli. Rasa macam nak beli, tapi malas nak singgah...hmm tak pelah, lain kali.
Kali ni saya cuma jahit batang bantal je la, kemudian baru isi kekabu. Ni la hasil nye.

15 April, 2010

Jenis stroller

Stroller atau kereta sorong merupakan alat bagi anda untuk membawa si kecil semasa bersiar-siar. Bagaimana cara memilihnya?

Zaman sekarang, kereta sorong bayi atau stroller, sudah merupakan salah satu kelengkapan yang wajib dipunyai oleh pasangan muda. Di kedai yang menjual pelbagai kelengkapan bayi, anda akan melihat 1001 jenis kereta sorong atau stroller. Bukan hanya variasi warnanya yang begitu beragam, tapi juga bentuk atau modelnya. Masing-masing menawarkan beberapa fitur berbeza dan harga yang bervariasi pula.

Jenis-jenis kereta sorong.
Dari berjuta ragam stroller yang tersedia di pasaran, terdapat 3 jenis stroller. Iaitu stroller biasa, stroller untuk anak kembar dan yang kini mulai menjadi pilihan adalah stroller untuk para jogger ataupun mereka yang biasa dan gemar membawa bayinya untuk ikut jogging.

1. Stroller Biasa

Stroller jenis ini mencakupi semua jenis stroller yang memang dirancang dan difungsikan untuk membawa seorang bayi. Ada pula kelompok stroller lain yang memang dibuat khusus untuk membawa anak kembar. Stroller tunggal ini sendiri, boleh dikelaskan lagi berdasarkan fungsinya:

* universal: iaitu boleh digunakan sebagai kereta sorong biasa, dan boleh dibuka untuk berfungsi sebagai car seat.
* berpasangan dengan car seat. Stroller jenis ini dibuat sepasang dengan car seat yang sangat mirip, baik model maupun warnanya. Jadi, anda mudah untuk memindahkan si kecil dari dalam car seat ke dalam stroller atau sebaliknya. Kedua jenis ini, baik yang universal maupun yang berpasangan dengan car seat sesuai bagi Anda yang sering berjalan-jalan
* fungsi tunggal, Yakni hanya berfungsi sebagai stroller saja dan tidak dapat digunakan sebagai car seat

2. Stroller untuk Anak kembar

Sesuai dengan fungsinya, stroller ini ada 2 jenis iaitu:

* dudukan saling bersebelahan, khususnya untuk kembar 2
* dudukan berderet ke belakang, baik untuk kembar 2 maupun lebih

3. Stroller untuk Jogging

Stroller untuk membawa Si Kecil berolahraga (jogging) memiliki ciri khas rodanya berukuran lebih besar dan berbentuk mirip roda sepeda. Ciri khas lainnya adalah bentuknya lebih langsing atau lebih streamline dibandingkan stroller biasa kerana bentuk yang langsing ini memang dirancang untuk memperkecilkan terjadinya gesekan udara ketika digunakan.

Panduan memilih.

Berikut adalah beberapa panduan pemilihan kereta sorong yang akan memudahkan anda menentukan pilihan yang betul.

1. Ukuran dan berat. Stroller ada pelbagai variasi berat. Ada yang ringan, sedang, dan berat. Apabila anda seorang ibu yang aktif, sebaiknya pilihlah yang ukurannya tidak terlalu besar dan beratnya yang ringan juga sedang. Pilihlah ukuran roda yang tidak terlalu besar kerana salah satu roda stroller anda setiap kali akan tersangkut pada deretan rak baju ketika anda mengajak Si Kecil berbelanja di shopping complex! Sebaliknya, kalau anda tidak selalu banyak bersiar-siar, stroller yang kukuh dan sedikit berat tidak akan jadi masalah bagi anda.

2. Penampilan. Sebaiknya tidak memilih stroller yang berpenampilan terlalu cantik, misalnya yang seluruhnya berwarna merah muda dengan renda-renda, sementara anda belum yakin dengan jantina janin Anda. Siapa tahu kelak anak anda berikutnya adalah lelaki? Jadi, untuk pemakaian jangka panjang, pilihlah yang penampilannya neutral, yang sesuai untuk bayi lelaki atau perempuan.
* sistem Tali pinggang. Kebanyakan stroller memiliki 3 tali pinggang udara yang mengikatkan tubuh si kecil pada stroller. Akan tetapi, pada bayi yang tergolong sangat aktif, 3 sistem tali pinggang itu kurang memadai. Kalau si kecil anda tergolong anak yang sangat akif, sebaiknya anda memilih stroller yang menyediakan 5 tali pinggang, sehingga apa pun terjadi, si kecil akan terjamin melekat pada strollernya
* bel dan penutup. Beberapa produsen stroller menyediakan beraneka kelengkapan tambahan yang dapat dibeli secara berasingan. Misalnya bel atau peluit, mainan yang dapat digantung atau dipasang di depan, penutup (cap), bahkan penutup menyeluruh yang terbuat dari plastik tembus pandang. Belilah berbagai perlengkapan tambahan itu sesuai kegunaan dan jangan terperdaya oleh penampilannya yang menarik semata-mata.
sumber
http://www.ayahbunda-online.com