Photobucket

"Wanita yang kuat dan tabah adalah wanita yang tidak menagis sewaktu dikecewakan dan ditinggalkan. Wanita yang kuat adalah wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.Wanita yang tabah adalah wanita yang tidak mengeluh atas segala nasib yang berlaku"

My 2nd Baby

pregnancy

Baby

pregnancy due date

Halaman

05 Julai, 2010

Jom kita jahit


Semalan saya sempat buat satu set sarung bantal baby. Jenis kain terpulang pada diri masing. Tapi lebih suka guna kain cotton flannel sbb lembut. Yang saya buat ni ada piping di sekeliling bantal. Kalau anda nak letak renda & sebagainya pun boleh. Di sini saya bagi ukuran yang saya buat. If you all ada ukuran sendiri, ikut la ukuran anda.

Untuk bantal tidur:
1. Mula2 potong kain berukuran 15"(P) x 10.5"(L).
2. Kemudian potong 1 helai kain berukuran 8" x 10.5" & 1 helai berukuran 9" x 10.5".

3. Untuk piping boleh agak2 untuk lebar kain sebanyak 1".
3. Sediakan zip untuk sarung bantal.

4. Bolehlah kita mula menjahit.

Koleksi keperluan baby




Semalam selepas menghantar adik ke UPSI, tiba2 saya teringat kain-kain flannel yang terlipat rapi. Kain2 tersebut saya beli dah lama, baru sekarang ni rasa nak menjahit set tilam, sarung bantal, kain barut, kain bedung & lain2 keperluan baby.
Sampai saje di rumah, saya terus memulakan kerja2 mengukur & menggunting kain untuk buat bantal & tilam baby. Tapi kekabu belum beli lagi.. semasa dalam perjalanan ke UPSI, ada beberapa gerai yang menjual kekabu asli. Rasa macam nak beli, tapi malas nak singgah...hmm tak pelah, lain kali.
Kali ni saya cuma jahit batang bantal je la, kemudian baru isi kekabu. Ni la hasil nye.